Followers

cari2

Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, March 29, 2011

SAY NO 2 APRIL FOOL..!!!



Bulan April telah hampir tiba tidak lama lagi, ada suatu sambutan jahiliah yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim; 1 April sebagai hari April Fool. April Fool sendiri adalah hari di mana orang ramai diperbolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang 
lain. Tapi tahukah Anda apakah April Fool itu sebenarnya?

Sebenarnya, April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan sahaja.
Biasanya orang akan menjawab bahawa April Fool—yang hanya berlaku pada tanggal 1 April—adalah hari di mana kita boleh sahaja menipu rakan, orang tua, saudara, atau orang lain, dan yang terkena tidak boleh marah atau emosi ketika sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool.
Biasanya mangsa penipuan, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan tertawa atau membebel, dan tidak marah secara serius. Walaupun belum sepopular perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad terakhir memperlihatkan kecenderungan yang makin menebal didalam masyarakat kita. Terutama di kalangan anak muda.
Bukan mustahil pula, suatu masa nanti akan meluas ke masyarakat yang tinggal di kampung – kampung dan pedalaman. Ironiknya, masyarakat dengan mudah meniru kebudayaan Barat ini tanpa menyiasatnya terlebih dahulu, apakah budaya itu baik atau tidak, bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool sebenarnya bermula dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Fool, berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol di tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak sahaja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis.
Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang berupa kawasan pegunungan. Islam telah berjaya menerangi Sepanyol.
Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan saja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam.
NO april fool walaupun besday dimas bln april..
Bukan sahaja membaca Al-Qur’an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka telah meninggalkan muzik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus menerus berusaha membersihkan Islam dari Sepanyol, namun selalu gagal. Maka dihantar sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, yakni dengan pertamanya melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok secara haram ke dalam wilayah Sepanyol.
Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al Qur’an. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai pasukan salib. Serangan oleh pasukan salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus mengejar mereka. Ketika jalan jalan sudah sepi, tinggallah ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentera salib mengetahui bahawa banyak muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.
Dengan lantang tentera salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa orang Muslim dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.
Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api kelihatan menjilat-jilat angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya boleh terpaku ketika tentera salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakanya terdiri dari para perempuan dan kanak-kanak yang masih kecil. Tentera salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diingati oleh dunia kristian setiap tanggal 1 April sebagai (The April’s Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain.
Bagi umat kristian, April Fool merupakan hari kemenangan keatas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan pembohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan semata.
Bagi umat Islam, April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seagama disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak patut juga ada orang Islam yang terikut merayakan tradisi ini.
Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka dia sesungguhnya sedang merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, 5 abad yang lalu. Jadi, perhatikan sekeliling anda, anak anda, atau anda sendiri, mungkin terkena bungkusan jahiliah April Fool tanpa kita sedari..

RENUNG2KAN DAN SLMT BERAMAL...=)



tekan jika "LIKE" artikal ini..=)

<a href="http://heartbeat.my?rid=14686" target="_blank">




SY BANGGA JD ANAK JATI KLATE

Pembangunan yang bakal dan dalam pembinaan di Negeri Kelantan Darul Naim. Islam tidak pernah menolak pembangunan. Kelantan Alhamdulillah terus membangun. Tetapi Islam mengajar bahawa pemikiran seorang muslim haruslah digerakkan untuk mengingati akhirat. Manusia pastinya akan berdiri di hadapan Allah SWT pada saat yang tidak lagi berguna padanya bangunan yang tinggi, lebuhraya yang lebar dan juga darah Melayu yang mengalir di tubuhnya.

                                   
Bandar Satelit Kota Bharu ini sedang dalam pembinaan terletak di Kubang Kerian dan dijangka siap sepenuhnya pada 2011 selain mempunyai ciri-ciri moden dan islamik.

Gambaran artis projek Menara Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC) di Jalan Parit Dalam & Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan. Fasa I yang merangkumi kompleks beli-belah / pusat dagangan telah siap dan dibuka pada Ogos 2009. Manakala projek Fasa II, iaitu pembinaan pangsapuri servis setinggi 17 tingkat dijangka dimulakan pada awal tahun 2011 dan dijangka siap pada tahun 2013. Apabila siap kelak, ketinggian menara ini ialah 25 tingkat.
                                                         
Bangunan Kota Bharu Trade Center ini hampir siap sepenuhnya dibina di atas tapak pasar malam Parit Dalam menempatkan ruang niaga serta menjadi tempat tumpuan di tengah Bandaraya Kota Bharu.
Bazar Tok Guru ini terletak di Jalan Sultan Ibrahim berhadapan KB Mall menempatkan ruang niaga yang luas bercirikan islamik menempatkan sebuah masjid di dalam dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012
 









                            
Bangunan Kelantan Stonor Tower

Menara Kelantan Trade Center telah siap pada awal tahun ini menempatkan ruang pejabat 28 tingkat dan pusat Konvensyen yang moden di litupi bumbung berbentuk kubah di bina berhadapan Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Bangunan Kota Bharu Trade Center ini hampir siap sepenuhnya dibina di atas tapak pasar malam Parit Dalam menempatkan ruang niaga serta menjadi tempat tumpuan di tengah BandarayaKota Bharu.
Gambaran artis projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua dan Jejambat Kota Bharu (Nota: Gambaran artis dari arah Pasir Pekan / Wakaf Bharu menuju ke pusat bandar raya Kota Bharu dan Jalan Sultan Yahya Petra)
Gambaran artis bagi projek Jejambat Kota Bharu yang melibatkan laluan dari kepala Jambatan Sultan Yahya Petra – Jalan Hamzah – Simpang 3 Langgar. Projek ini telah dimulakan pada 01 Oktober 2009 dan dijangka siap pada 01 Oktober 2011 (mengambil masa dua tahun). (Nota: Gambaran artis di Persimpangan Jambatan Sultan Yahya Petra (dahulunya Bulatan Kijang)).
Projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua. Projek ini telah dimulakan sejak Jun 2007 lagi dan dijangka siap pada Februari 2011.
Projek KB Sentral di Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan. Projek telah dimulakan pada Februari 2010 lepas dan Fasa I (Hotel Tune) dijangka siap pada Disember 2010. Manakala Fasa II (Pangsapuri Servis) dijangka siap pada Mac 2011.

Gambaran artis projek Bazar Tok Guru dan Hotel Madinatul Raudah (5 bintang) di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. Projek Fasa I (pembinaan Bazar Tok Guru) telah dimulakan pada 01 Oktober 2009 dan dijangka siap pertengahan 2011 dan dimulakan projek Fasa II (Hotel Madinatul Raudah)
Gambaran artis Projek Pengindahan & Tebatan Banjir Sungai Kelantan berdekatan Tambatan Diraja, Kota Bharu. Projek ini dijangka siap pada Disember 2010 nanti

Gambaran artis projek Kompleks Sukan & Rekreasi Komersial Queenspark Sportzcity & Boulevard (Queenspark) di Jalan Tanjung Chat (sebelah Taman Budaya Kelantan), Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Queenspark ini merupakan sebuah kompleks sukan yang digabungkan dengan kompleks beli-belah komersial. Ia dijangka dibuka kepada orang ramai pada suku keempat 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang http://www.queenspark.com.my/
                              

Gambaran artis projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh (BSIPT), Menteri Besar Kelantan (tengah) meninjau replika projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh (BSIPT), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Projek Kondominium Anjung Vista di Jalan Raja Perempuan Zainab II, Bandar Baharu Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Unit-unit kondominium sedang dijual.

Gambaran artis Hotel Legend Battuta Kota Bharu (5 bintang) setinggi 20 tingkat di bawah projek Battuta Ville di Persimpangan Jalan Kuala Krai dan Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan. Maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Battuta Ville, iaitu http://battutaville.blogspot.com/
Cadangan projek Hotel Wakaf MAIK Kota Bharu bernilai RM20,000,000.00 setinggi 7 tingkat (107 buah bilik) di Lot 2136, Mukim Panchor, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji, Kota Bharu, Kelantan. Projek ini akan dibangunkan di dalam kawasan Kompleks Islam Sultan Ismail Petra, iaitu di sebelah Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Panji, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan. Projek ini dijangka dimulakan pada awal 2012 di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam dan Adat-Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Bangunan tiga(3) tingkat yang dibangunkan seperti bangunan di Andalusia ini akan dibangunkan di tepi Jalan Kuala Krai yang mana jalan utama yang menghubung bandar Machang dan bandar Kota Bharu.
Bangunan yang berlatar belakangkan Negara China ini juga tidak ketinggalan daripada menjadi sebahagian daripada KOMPLEK BANGUNAN BERCAMPUR “BATTUTA VILLE”.Ia merupakan bangunan tiga(3) tingkat yang akan memeriahkan lagi keindahan komplek bangunan yang ada.
Bangunan tiga(3) tingkat bercirikan bangunan di India.Kompleks ini bersambung dengan komplek Tunisian yang mana juga akan ditempat kompleks membeli belah,perkhidmatan dan pelbagai kemudahan kepada para penghuni dan pengunjung BATTUTA VILLE.
Bangunan tiga(3)tingkat,bercirikan konsep bangunan di Tunisia.Kompleks ini akan dipenuhi oleh pasaraya yang akan menyediakan kemudahan bagi penghuni apartment dan hotel untuk membeli belah dan menikmati semua perkhidmatan lain yang turut di sediakan di kompleks ini.
Bangunan kedai tiga(3) tingkat yang berkonsepkan ciri-ciri bangunan di Mesir.Dengan rekabentuk yang amat menarik,kedudukan yang strategik di tengah-tengah bandar Kota Bharu,di penjuru yang menghubungkan Jalan Telipot dan Jalan Kuala Krai yang berjaya menambat hati usahawan untuk memperkembangkan sayap perniagaan mereka.
Bangunan berkembar 20 tingkat , hotel yang akan diuruskan oleh LEGEND HOTEL KL dan servis apartment yang terdiri daripada unit-unit studio,1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik.

                                              

sumber dari KB sentral, battuta ville, kota bharu bandaraya islam


klik jika "SUKA"..









DiMas Kembali..^_*

ti tuu..cakkk...
assalamualaikum...
rindunyer...nk mcoret isi hati kat cni..2 y on9 gak nie..biar pun test ad 1 paper lg..xtahan kottt...-_*
tension gile jwb test pg td..=(
arap2 dpt la result elok utk test td..
dh2 lupakan y pg td..kite ckp bda y hepi2 lak..

ape ek nk gtau...
haaaa....mggu lepas 3 hari 2 mlm dimas p XPDC KAYAk kat pantai merdeka...
best ooo...
xtkata best nyer...walaupun dh blik tp otak+fkrn nie rs cam ad kat cna lg..hihi
t la dimas upload gmbr 2 ek..
tp syg ler dimas dh jd dak itam ckit..hehehe
xpe2..jji abe ttp syg..hehe
kenangan 2 mmg xdpt dlupakan la..
mmg best la..kwn2 y join pun saling tolong mnolong n beri kerjasama..
~~apa y penting...KERJASAMA~~~
keja y berat jd ringan, y susah jd senang bl ad sifat kejasama dlm kumpulan..
 walaupun kiteorg penat, kiteorg ttp jlnkn aktiviti sperti y drancang..
cuma bl blik dr XPDC terus ad test 2 y xbest nyer..
penat xbdn xbis lg penat otak lak bsambung..xpe la..
tggl 1 jer lg test...sabo..sabo...yer dimas

k la..daaa diiii duuuu...mmuuuaaahhhh..!!! ^_^



Friday, March 25, 2011

RiNdUUuuNyerrr...

assalamualikum n gud morning..=)

1st time coret isi hati belah pg..syok gak kn..idea btandang2..hahaha..
di pagi y penuh kesejukan nie, pergghhh....rs cam dh lama xupdate blog nie..pdhal br3 hari jer..haha..skrg nie cam dh jd rutin lak blog nie..mn x nyer..bis jer kls on9 fb xpun blog..bkn stkt bis kls, kdg2 2 dlm kls pun dan2 g on9 fb n blog..mmg dh sinonim dh..xon9 shari cam xlgkap hdp..apa nk jd la...ishh3x ~dimas mgelengkn kepala~

tp kn mmg rindu tul bl xupdate blog..rini br dpt update, mggu dpn kena break utk smggu lak coz McLoh ad xpdc kayak 40KM..fuyooo =D ~blik t kurus ler n terus jd dak itam~ =(... bis xpdc McLoh ad 3 test lak..aiiiyoo..aduiii..pening3..penat bdn xbis lg, penat otak lak smbung..huhu..sepe nk tlg sy..tlg angkat kaki..hehe..

xpe la..McLoh xkisah..dh nm nyer student..g2 la..time stdy ni la kite dpt rs cam2 xtvt..t keje xleh dh..sibuk jer ngn keje..pas 2 nk kawin lak..hehe..jg suami + anak2...('anak2'- cam nk ramai jer ank) hehe..ttup cite psl ank..muda lg..cewahhh..!! hihi3..

byk g nk cite t kite smbung lg pas Mcloh blik xpdc n test yer..lec dh nk msk kls...~pecah rahsia~~hehe
tata titi tutu...syg sumer... Cik DiMas Cute ^_^

Monday, March 21, 2011

TIP LUPAKAN BEKAS KEKASIH

  • Bukan senang nk melupakan kekasih lama yg amat disayangi tapi sampai bila nak mgenang org yg dah pergi meninggalkan kita tanpa menoleh walaupun seketika. Memang senang nak cakap, nak buat memang payah sekali. But why not we try, utk melupakannya & menerima cinta baru yg mungkin lebih baik dari dulu. Kalau tak cuba mana taukan?
So, hari ni sy nak berkongsi tip untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan apabila hati kamu masih tidak aman.
Anda bersedia melupakannya bila…
Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.
Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.

Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih.
Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan.

Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan.
Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

Cara terbaik melupakan si dia:
* Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.
Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.

* Rakan pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

* Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang kamu gambarkan?

TEKAN JIKA 'LIKE' ARTIKAL INI..=)













Friday, March 18, 2011

JELES..!!!!

Assalamualaikum sumer..ape khabar??? arap sumer chat molek..hehehe..<>  nk tau x nape sy jeles hr nie, tika INI..!!!

 Sebab ::
 mggu nie sy xboleh blik umh...sedangkn kwn2 sy sumer dh blik umah n kg masing2..jeles tahap gaban, cipan n sewaktu dgn nyer lahh..geram pun ada nie...!!! eeerrrgghhh..!!!! hahahaha...konon nyer la nk tunjuk betapa jeles n geram ny xdapat blik umh..hahaha...pada hal mggu lepas br jer blik umah..he3..~~jgn marah yer t kena jual~~

sy bkn pe sy tggl kat cni pun bkn nyer sy buat pun xciment blambak ats meja.. nk sentuh xciment 2 ermmm...jeling pun xnk..hahaa..esk nk antar br la xtido mlm 2 dbuatnyer..2 la sifat sorg student cam sy.."AMARAN JGN TIRU SIFAT INI..!!".. hihi...

Dgn ini sy ingin mnyatakn bhw sy cukup jeles dgn kwn2 sy y blh blik umh n kg 2...so, buat kwn2 y spatutnyer dh smpai umh n kg 2, hargai la ms dgn family korang..krn bl kite bsama dgn org y kite sygi smestinyer beban, tekanan n mslh sumer akan hilang automatik bl kite tgk wajah insan y kite sygi terutama IBU BAPA kite..

          MAK AYAH, ILOH RINDU KAT MAK AYAH..!!!!




           ~~lau suka, tekan pic 2~~

Tuesday, March 15, 2011

sepe nk duit??

kat cni cik dimas nk kongsi ckit la..cam ner nk dptkn income..walaupun ckit tp sepe nk bg kite duitkn...


cara nyer mudah jer..lau korang sumer dh join nuffnang msti korang tau sal ChurpChurp nie kan..korang kena la register lu..br la dpt login..pas korang dftar , pihak ChurpChurp akan send kat email korang suh aktifkn link korang..bila dh aktif korang leh la invite kwn2 korang utk join bda ni..ChurpChurp ad fb tau..korang like fb 2..t korang dpt info baru..


mudah kn..tggu pe lg...JOm Laa....^_^


Jom Dapatkan Duit Hanya Share Iklan Ini Di Facebook..Jom Lah Join Rakan-Rakan Sekalian..No Risk =)


cik dimas pun br jer join..hehe..pe2 y korang xfhm leh jer tya cik dimas..xpun leh tya terus kat web ChurpChurp.
http://www.churpchurp.com

                                               tekan jika 'like'


How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Wednesday, March 9, 2011

BuAt ReNUnGaN bErSaMa

18 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
ciri2 wanita solehah..^_^
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t..
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka
dan terbuka pintu-pintu syurga.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi saw) di dalam syurga.
18. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."



Monday, March 7, 2011

MENCINTAI & DCINTAI ADALAH PERKARA yg INDAH

Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”