Bulan April telah hampir tiba tidak lama lagi, ada suatu sambutan jahiliah yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim; 1 April sebagai hari April Fool. April Fool sendiri adalah hari di mana orang ramai diperbolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang
lain. Tapi tahukah Anda apakah April Fool itu sebenarnya?
Sebenarnya, April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan sahaja.
Biasanya orang akan menjawab bahawa April Fool—yang hanya berlaku pada tanggal 1 April—adalah hari di mana kita boleh sahaja menipu rakan, orang tua, saudara, atau orang lain, dan yang terkena tidak boleh marah atau emosi ketika sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool.
Biasanya mangsa penipuan, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan tertawa atau membebel, dan tidak marah secara serius. Walaupun belum sepopular perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad terakhir memperlihatkan kecenderungan yang makin menebal didalam masyarakat kita. Terutama di kalangan anak muda.
Bukan mustahil pula, suatu masa nanti akan meluas ke masyarakat yang tinggal di kampung – kampung dan pedalaman. Ironiknya, masyarakat dengan mudah meniru kebudayaan Barat ini tanpa menyiasatnya terlebih dahulu, apakah budaya itu baik atau tidak, bermanfaat atau sebaliknya.
Perayaan April Fool sebenarnya bermula dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Fool, berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol di tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak sahaja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis.
Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang berupa kawasan pegunungan. Islam telah berjaya menerangi Sepanyol.
Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan saja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam.
NO april fool walaupun besday dimas bln april.. |
Bukan sahaja membaca Al-Qur’an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka telah meninggalkan muzik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus menerus berusaha membersihkan Islam dari Sepanyol, namun selalu gagal. Maka dihantar sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam Sepanyol.
Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, yakni dengan pertamanya melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok secara haram ke dalam wilayah Sepanyol.
Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al Qur’an. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai pasukan salib. Serangan oleh pasukan salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus mengejar mereka. Ketika jalan jalan sudah sepi, tinggallah ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentera salib mengetahui bahawa banyak muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.
Dengan lantang tentera salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa orang Muslim dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.
Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.
Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api kelihatan menjilat-jilat angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya boleh terpaku ketika tentera salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakanya terdiri dari para perempuan dan kanak-kanak yang masih kecil. Tentera salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.
Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diingati oleh dunia kristian setiap tanggal 1 April sebagai (The April’s Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain.
Bagi umat kristian, April Fool merupakan hari kemenangan keatas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan pembohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan semata.
Bagi umat Islam, April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seagama disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak patut juga ada orang Islam yang terikut merayakan tradisi ini.
Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka dia sesungguhnya sedang merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, 5 abad yang lalu. Jadi, perhatikan sekeliling anda, anak anda, atau anda sendiri, mungkin terkena bungkusan jahiliah April Fool tanpa kita sedari..
RENUNG2KAN DAN SLMT BERAMAL...=)
tekan jika "LIKE" artikal ini..=)
<a href="http://heartbeat.my?rid=14686" target="_blank">
i dont like too...
ReplyDeletemee too...
ReplyDelete