Followers

cari2

Friday, April 22, 2011

Tips Dalam TeguRan

Sedikit perkongsian berdasarkan program Bersama Dr.Fadzilah Kamsah @astro Oasis.

Saya pasti, kita semua tak terlepas daripada berfikir tentang cara terbaik untuk menegur. Atau mungkin pengalaman menegur orang sebelum ni yang agak mengecewakan membuatkan kita memberhentikan niat murni untuk mengembalikan rakan-rakan ke landasan benar yang diredhai Allah SWT.

“taknak la tegur, nanti buat orang sakit hati”

“aku memang tak pandai menegur”

“aku bukan ustaz, biar ustazlah yang tegur”

“ala…kawan2 die kan ade, family die ade, xyah la kite nak tegur”

“ala…kalau kite tegur pun, die bukan nak dgr”

“kubur kita kan lain2, xyah la nak sebok hal orang lain”

Sesungguhnya apa yang kita buat dan orang sekeliling kita buat pasti ada kaitannya dengan kita. Kalau tak, pasti tsunami di Acheh hanya mengorbankan mereka yang berdosa, tidak para alim ulama’.

“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, ‘Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?’ Mereka menjawab ‘Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa.” (Al-A’raf:164)

Tapi harus diingat, teguran haruslah disampaikan dengan cara yang baik dan berhikmah. Supaya mudah diterima dan juga tidak membawa fitnah kepada agama. Semoga Allah menyelamatkan saya dan rakan-rakan daripada menjadi fitnah kepada Islam.

Ok, berikut merupakan panduan yang diberikan melalui Dr. Fadzilah Kamsah dalam memberi teguran.
 1. Niat kena betul
2. Baca doa
3. Belai dengan puji-pujian
4. Fokus kepada perkara yang nak ditegur (jangan mengungkit)
5. Jangan tinggikan suara
6. Doa supaya dia berubah


1 comment:

  1. betul tu.. kita nak tegur, bukan nak marah orang. Agak2 la nak tegur, jgn smpai dia rasa terhina or rasa tersinggung.


    Di mas, apa kata buang word verification kat komen tu. tak tau nak buang? Meh usha sini:
    http://sha-myheart.blogspot.com/2011/03/tutorial.html

    ReplyDelete